'TEACHER TO BE'

'TEACHER TO BE'

Wednesday 25 February 2015

Azan dan Iqamat

Assalamualaikum adik-adik semua ! Alhamdulillah, kita bertemu kembali :) Adik-adik masih mengingati ustazah lagi bukan? Alhamdulillah.. Baiklah pada entry kali ini, ustazah ingin berkongsikan sedikit ilmu tentang tajuk azan dan iqamat. Ustazah pasti, adik-adik mesti sudah mengetahui lafaz azan serta lafaz iqamat . Kali ini, ustazah mahu menerangkan serba sedikit tentang pengertian azan dan iqamat beserta hukumnya .


Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat. Hukumnya ialah sunat muakad bagi semua solat fardhu .

Bagaimana adik-adik ? sudah memahaminya bukan ? Adik-adik susah untuk mengingatinya ? tidak mengapa, mari kita lihat peta minda dibawah ini : 




 




Baiklah, bagaimana adik-adik? lebih mudah bukan? Baiklah, sekarang ustazah mahu menunjukkan doa selepas azan.




 


 


Alhamdulillah, sekarang ustazah mahu menerangkan pula tentang hikmah-hikmah azan : 


 





Solat Fardhu (Waktu Solat dan Hikmah Solat)

Baiklah, ustazah yakin pasti adik-adik ingin bertanyakan mengenai dalil-dalil solat bukan? Di sini ustazah telah lampirkan beberapa potongan ayat daripada Al-Quran sebagai pengukuhan pengajaran ustazah. Mari kita terokai bersama :)

Di dalam Al-Quran sesungguhnya sudah ada sekilas tentang penjelasan waktu-waktu solat fardhu, meski tidak terlalu jelas diskripsinya. Namun paling tidak ada tiga ayat di dalam Al-Quran yang membicarakan waktu-waktu solat secara global.

Ayat Pertama:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ

“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.“ (QS. Hud: 114)

Menurut para mufasriin,pada ayat ini disebutkan waktu solat, iaitu kedua tepi siang, iaitu solat Subuh dan Asar. Dan pada bahagian permulaan malam, iaitu Maghrib dan Isya`.

Ayat kedua

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah sisaksikan (keistimewaannya)".         (QS. Al-Isra`: 78)

Menurut para mufasrin, di dalam ayat ini disebutkan waktu solat iaitu sesudah matahari tergelincir, iaitu solat Zuhur dan Asar. Sedangkan gelap malam adalah solat Maghrib dan Isya` dan Qur`anal fajri iaitu solat subuh.












Selepas kita tahu waktu solat, ustazah yakin pasti adik-adik mesti mahu tahu hikmah solat. Apakah itu hikmah? Hikmah ialah kelebihan yang kita akan dapat jika kita melakukannya. Antaranya ialah:






Alhamdulillah, selesai sudah penerangan ustazah mengenai tajuk Solat Fardhu. Semoga adik-adik peroleh ilmu yang bermanfaat :) 






Solat Fardhu ( Perkara yang Membatalkan Solat ) & ( Perkara Makruh dalam Solat )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)
Bersua kembali bersama ustazah. Baiklah, kali ini ustazah mahu menerangkan mengenai perkara yang membatalkan solat. Ustazah yakin, kamu semua pasti tahu serba sedikit tentang perkara ini bukan? Pastinya ibu bapa serta keluarga kamu sudah mendedahkan perkara ini bukan? Disini, ustazah ingin menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara yang membatalkan solat ini. Lihat gambar rajah di bawah:



 

 



Jika kita sudah tahu perkara-perkara yang membatalkan solat, kita juga perlu kenal pasti perkara yang makruh dalam solat . Tahukah anda, perkara yang membatalkan solat dengan perkara makruh dalam solat adalah perkara yang berbeza . Jika kita melakukan perkara yang membatalkan solat, sudah pasti solat kita akan terbatal serta-merta . Tapi, jika kita melakukan perkara makruh dalam solat, boleh jadi solat kita diragui . Mari kita bersama-sama merujuk perkara-perkara makruh dalam solat di bawah ini . 


 


 









Solat Fardhu ( Rukun Solat & Bahagian Rukun Solat )

Kita besua lagi :)
Ustazah ingin bertanya, siapa tahu mengenai rukun solat? Sila angkat tangan dan jawab. Tahniah kepada kamu yang menjawab soalan ustazah. Semoga Allah merahmati kehidupan kamu. Baiklah, bagi adik-adik yang tidak dapat menjawab, ustazah ingin mengupas serba sedikit mengenai rukun solat. Diselitkan juga bahagian rukun solat. Sama-samalah kita terokai.



 

 





Alhamdulillah, ustazah pasti adik-adik sudah tahu bukan tentang rukun solat . Sekarang ustazah mahu menerangkan dengan lebih mendalam lagi tentang bahagian rukun solat . Adik-adik mesti mahu tahu bukan?? Baiklah, mari lihat gambar rajah di bawah bersama-sama . 



 

 
 
 
 
 
 


 
 
 


 
 
 
 
 
 
 






















Solat Fardhu ( Syarat Wajib & Syarat Sah )

Alhamdulillah, kita bertemu kembali.. Kali ini ustazah mahu membincangkan tentang syarat wajib serta syarat sah solat fardhu. Baiklah, ustazah menerangkan terlebih dahulu tentang syarat wajib solat fardhu. Apa itu syarat wajib ? Syarat wajib itu bermaksud ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. Syarat-syarat wajib solat adalah seperti berikut :


 


Seterusnya, ustazah mahu menerangkan pula syarat-syarat sah di dalam solat . Syarat sah solat adalah syarat yang menentukan kesasihan sesebuah solat  atau dengan kata lain kesasihan sesebuah solat bergantung kepadanya . Berikut adalah syarat-syarat sah solat :