'TEACHER TO BE'

'TEACHER TO BE'

Sunday 22 February 2015

Tayammum

Alhamdulillah,, masih lagi bersama ustazah bagi mengupas lagi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan subjek Feqah. Kali ini, ustazah hendak menerangkan tentang tajuk Tayammum. Ustazah pasti, mesti adik-adik tertanya-tanya apa itu Tayammum bukan?? Baiklah,, Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang suci dan bersih ke muka dan ke dua-dua tangan dengan syarat tertentu sebagai ganti wudhuk atau mandi wajib (junub,haid,dan nifas) ketika ketiadaan air atau ketika tidak mampu menggunakan air (uzur).


Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud :

“Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu”. (al-Maidah: 6).


Baiklah, sekarang mari kita lihat peta minda di bawah mengenai sunat-sunat Tayammum :






  


Alhamdulillah,, sekarang ustazah mahu menunjukkkan pula hikmah-hikmah ataupun kelebihan yang boleh didapati apabila kita bertayammum ini : 




 







2 comments: