'TEACHER TO BE'

'TEACHER TO BE'

Wednesday 25 February 2015

Muqaddimah Solat Fardhu

                          بسم الله الرحمن الرحيم  


Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasullullah S.A.W keluar dari rumahnya. Baginda mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : " Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini" . (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan) .


                                              



Seperti yang kita sedia maklum, ibadat mengandungi perkara dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia wajid ditunaikan lima waktu iaitu; Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya'. 

Rukun Islam ;
1) Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2) Solat Lima Waktu 
3) Mengeluarkan Zakat
4) Berpuasa di Bulan Ramadhan 
5) Menunuaikan Haji bagi yang mampu 

Solat yang didirikan dengan sempurna dapat mencegah diri daripada cenderung dalam melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu. Firman Allah S.W.T. :
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". 
                                                                            (Al-Ankabut:29:45)

No comments:

Post a Comment