'TEACHER TO BE'

'TEACHER TO BE'

Wednesday 25 February 2015

Solat Fardhu (Waktu Solat dan Hikmah Solat)

Baiklah, ustazah yakin pasti adik-adik ingin bertanyakan mengenai dalil-dalil solat bukan? Di sini ustazah telah lampirkan beberapa potongan ayat daripada Al-Quran sebagai pengukuhan pengajaran ustazah. Mari kita terokai bersama :)

Di dalam Al-Quran sesungguhnya sudah ada sekilas tentang penjelasan waktu-waktu solat fardhu, meski tidak terlalu jelas diskripsinya. Namun paling tidak ada tiga ayat di dalam Al-Quran yang membicarakan waktu-waktu solat secara global.

Ayat Pertama:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ

“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.“ (QS. Hud: 114)

Menurut para mufasriin,pada ayat ini disebutkan waktu solat, iaitu kedua tepi siang, iaitu solat Subuh dan Asar. Dan pada bahagian permulaan malam, iaitu Maghrib dan Isya`.

Ayat kedua

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah sisaksikan (keistimewaannya)".         (QS. Al-Isra`: 78)

Menurut para mufasrin, di dalam ayat ini disebutkan waktu solat iaitu sesudah matahari tergelincir, iaitu solat Zuhur dan Asar. Sedangkan gelap malam adalah solat Maghrib dan Isya` dan Qur`anal fajri iaitu solat subuh.












Selepas kita tahu waktu solat, ustazah yakin pasti adik-adik mesti mahu tahu hikmah solat. Apakah itu hikmah? Hikmah ialah kelebihan yang kita akan dapat jika kita melakukannya. Antaranya ialah:






Alhamdulillah, selesai sudah penerangan ustazah mengenai tajuk Solat Fardhu. Semoga adik-adik peroleh ilmu yang bermanfaat :) 






No comments:

Post a Comment